KASIH DIPAUT


I made this widget at MyFlashFetish.com.

AL-QURAN

AS-SUNNAH

ZIKRULLAH

Zikrullah
Remaja Masa Kini

Remaja boleh diistilahkan sebagai golongan muda yang mempunyai umur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun. Mereka mempunyai sifat-sifat yang tersendiri berbanding golongan-golongan lain di dalam sesebuah masyarakat. Mereka agresif dalam menjalankan pelbagai aktiviti, berjiwa kental, mempunyai semangat yang membara, sifat enkuiri atau ingin tahu yang tinggi menjulang dan sebagainya. Sangat sukar bagi kita untuk menangani mereka apabila mereka ‘meletup’.

Golongan muda pada masa kini sering dikaitkan dengan pelbagai masalah jenayah yang berlaku tidak kira di dalam atau di luar negara. Hal ini sangat membimbangkan kerana golongan ini dianggap sebagai bakal pemimpin masa hadapan. Jika pemimpin negara pada masa hadapan ini rosak, maka rosak binasa jugalah negara yang ditadbirnya. Hal inilah yang semakin mendapat perhatian oleh golongan pemimpin masa kini dan juga masyarakat bagi membentuk dan membimbing mereka kearah pembangunan modal insan yang lebih berketerampilan.

Jika berlaku permasalahan, pasti yang ditunding jarikan oleh pihak yang tak berkepentingan adalah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Keadaan ini berlaku kerana kementerian ini merupakan asas kepada pembentukan modal insan sejak dari sekolah rendah lagi dan seterusnya ke sekolah menengah. Hal ini juga berkaitan dengan guru-guru yang sering kali dipersalahkan atas sebab tidak memberikan tunjuk ajar yang baik dan secukupnya kerana kebanyakan golongan ibu bapa yang berpendapatan agak lumayan ini rata-ratanya melepaskan tanggungjawab mereka sebagai ibu dan bapa pelajar kepada guru-guru di sekolah untuk mendidik mereka menjadi insan yang berguna. Dalam hal ini, ibu bapa perlu sedar akan hal tanggungjawab mereka yang sepatutnya mendidik anak-anak di rumah kerana pendidikan seseorang insan itu adalah bermula dari rumah mereka sendiri.

Tidak kurang juga arus globalisasi yang kian mencabar kini, telah menyebabkan ramai golongan remaja kian terpesong pegangannya. Dengan pelbagai teknologi yang dicipta dengan kecangggihan yang sangat berkualiti, mereka semua terpaksa mengharunginya juga tanpa mereka sendiri sedari. Pada masa kini, mereka boleh menerima dan memberi maklumat tanpa sedikit pun kawalan kerana ledakan teknologi yang semakin ‘membiak’ kini telah membawa mereka kearah dunia di hujung jari. Teknologi yang disediakan ini bukanlah bertujuan untuk keburukan semata-mata, namun ia adalah untuk memudahkan dan melancarkan proses pemberian, penerimaan dan pencarian pelbagai maklumat dengan pantas, menjimatkan masa di samping menjimatkan kos.

Natijahnya di sini, golongan remaja masa kini merupakan acuan kepada pembentukan negarabangsa pada masa hadapan. Pada hakikatnya yang perlu kita sama-sama sedari adalah, golongan ini mempunyai satu semangat yang sangat berbeza dengan golongan-golongan yang lain yang perlu kita gilap dan asah supaya mereka dapat menggunakannya untuk pembangunan insaniah negara pada masan akan datang.

KETENANGAN



Assalamualaikum w.b.t. kepada semua teman, sahabat handai dan juga seluruh pembaca yang sudi membaca blog ini. Tajuk yang ingin saya bawa kali ini juga seperti post-post yang terdahulu iaitu berkaitan dengan ketenangan. Di sini, saya hanya ingin berkongsi maklumat yang telah saya dapat daripada teknologi canggih masa kini iaitu internet.


Ketenangan boleh didefinisikan dengan suatu keadaan seseorang individu yang selesa, lega, dan juga berasa bebas daripada sebarang tekanan. Seseorang yang tenang selalunya mampu berfikir secara matang dan mampu menghasilkan pendapat dan keputusan yang berkualiti. Secara sosiologikal, setiap ketenangan sebenarnya berlaku apabila akal fikiran mampu mengawal perasaan dan tingkah lakusi pelakunya. Ia boleh mewujudkan suasana yang selesa, tanpa paksaan dan tekanan yang hadir secara tiba-tiba.



Menurut ( http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/KETENANGAN.pdf ), simptom-simptom ketenangan yang berlaku dalam diri seseorang boleh dilihat dari segi beberapa indikator :


1. Degupan jantung pada kadar biasa


2. Pernafasan mudah dan selesa


3. Tiada ketegangan otot


4. Fikiran bebas dari segala kerisauan


5. Selesa tubuh badan



Indikator-indikatr itu semua boleh dikenal pasti dalam diri anda sekali. Ia tidak mustahil selagi kita bergelar manusia. Seterusnya, ketenangan yang boleh dikecapi oleh seseorang individu itu mampu memberikan kebaikan kepada dirinya, masyarakat serta keluarga. Antaranya ialah :

1. Mudah berasa gembira


2. Bebas dari tekanan, runsing dan marah


3. Dapat tidur dengan nyenyak


4. Fikiran lebih rasional

5. Mudah menghadapi sebarang kesukaran


6. Mudah menyelesaikan sebarang masalah


Jadi, ketenangan sebenarnya satu situasi yang sangat penting bagi kita yang bergelar manusia ini. Ia bukan sekadar mampu membawa kebaikan di dalam diri, tetapi juga di dalam keluarga, masyarakat, komuniti bangsa dan seterusnya negara.


Post kali ini saya tidak ingin untuk menulis panjang kerana ia hanya akan membuatkan diri pembaca akan mulai mengantuk dan tidak kurang juga yang tidak berminat untuk membaca.



Sekian sahaja dari saya sebagai perkongsian,

Wallahualam...


SEUNGGAS

BILA NAK SELESAI???

Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera kepada anda semua.
Semoga hidup kalian dilindungi dan diredhai oleh ALLAH hendaknya.

Kali ini saya ingin menceritakan tentang masalah demi masalah yang berlaku dalam kalangan manusia pada hari ini.
Sememangnya, manusia mempunyai akal fikiran yang telah dikurniakan oleh ALLAH Taala untuk digunakan sebagai 'senjata' dalam kehidupan sehari-hari.
'Senjata' di sini bermaksud sebagai panduan bagi memilih antara perkara-perkara yang paling baik atau yang paling buruk untuk dilakukan.
Di sinilah wujudnya sistem nilai.

Jika kita lihat manusia pada hari ini, kebanyakannya tidak menggunakan akal sebagai senjata utama dalam menempuhi ranjau yang penuh berduri ini.
Tetapi kebanyakannya, mereka menggunakan nafsu semata dalam memilih keputusan yang terbaik dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka.
Di manakah terletaknya akal mereka?

Persoalan yang wujud sememangnya tiada jawapan.
Persoalan ini sungguh memeningkan kepala golongan penyelidik seperti ahli Antropologi dan Sosiologi dalam mengkaji manusia yang sering berubah mengikut zaman yang dilewatinya.

#Seorang budak didera dengan kejam oleh orang tuanya sendiri.
#Seorang wanita membunuh diri kerana kecewa perangai kekasih hatinya.
#Seorang lelaki tiba-tiba mengamuk di khalayak ramai atas alasan tertekan.
#Seorang abang yang merogol adiknya yang baru berusia 6 tahun.
#Seorang ayah yang bertindak menjual kehormatan ahli keluarga demi wang.
#Seorang isteri sanggup bekerjasama dengan sang suami menjual dadah.
dan sebagainya...

Di dada-dada akhbar sering tertulis kes-kes jenayah yang MANUSIA itu sendiri lakukan.
Mereka boleh berfikir, mereka boleh meminta keizinan, mereka juga boleh dibawa berbincang.
Jadi, apakah masalah mereka sebenarnya???
Tiada apa yang boleh memahami melainkan se pelaku itu sendiri.

Bilakah semua ini akan berakhir???
Mungkin penghujung kepada masalah-masalah yang melanda ini adalah KIAMAT.
Siapakah yang mampu memahami semua situasi seperti ini?
Tiada siapa...Tiada yang berani tampil...
Kerana setiap yang bergelar MANUSIA itu, pasti akan melalui salah satu ujian dari ALLAH.

Semoga anda semua berada dalam keadaan sedia dalam menerima ujian tersebut.
Insya-ALLAH...

(post kali ini agak memeningkan kerana penulis pada ketika ini berada dalam keadaan tidak tenang...moga ALLAH melindungi diri ini dan kalian semua...)

dari

SEUNGGAS
MENCARI SESUATU BERGELAR 'IMAN'

ASSALAMUALAIKUM...

Salam sejahtera kepada anda semua yang berada dalam lindungan ALLAH hendaknya...
Kali ini saya ingin kongsikan sesuatu yang saya rasakan perlu dalam menjalanai kehidupan yang kompleks di dalam alam dunia yang penuh fana ini.

Sesungguhnya, manusia itu berada di dalam kerugian.
'Kerugian' di sini membawa maksud manusia itu sendiri tiada apa-apa yang dimilikinya.
Hal ini kerana, semua yang ada di sekeliling manusia adalah kepunyaan ALLAH S.W.T. semata-mata.
Kita memang tak punya apa-apa dan inilah yang dikatakan 'kerugian' yang dimaksudkan.

Namun begitu,
Setiap manusia hanya boleh memiliki satu 'benda' yang boleh kita pegang ia selama-lamanya dan juga 'benda' itulah yang akan menyelamatkan kita pada hari akhirat kelak.
Sesungguhnya 'benda' itulah yang akan menjadi cahaya dikala kegelapan kita di dalam kubur nanti.
'Benda' itu jugalah yang akan melindungi kita apabila disoal di 'mahkamah agung' nanti.
Dan Benda itulah yang digelar IMAN...

IMAN,
Mudah untuk diungkapkan dan kononnya mudah untuk dicapai oleh manusia yang bergelar Islam.
Namun hakikatnya tidaklah seindah khabar dari rupa.
Sememangnya setiap manusia beragama Islam itu ada keimanannya.
Cuma tahap keimanannya itulah yang membezakan dia dengan orang lain.

Sememangnya sukar untuk manusia itu mencari dan mencapai keimanan yang TINGGI.
Tetapi itulah tujuan sebenar ALLAH jadikan situasi SUKAR itu untuk hamba-NYA.
Hal ini kerana, SUKAR itulah yang akan membawa manusia kepada kenikmatan dalam menggapai keimanan yang tinggi.
Itupun sekiranya manusia itu berusaha bersungguh-sungguh.
Jika tidak, hanyalah keperitan yang akan menyelubungi jiwa yang sentiasa resah dalam menggapai keimanan yang tinggi itu.

Saya bukanlah ada keimanan yang tinggi.
Tetapi sekurang-kurangnya, dengan menulis di blog ini, saya dapat mengingatkan diri yang hina ini seterusnya kepada rakan-rakan dan taulan.

Justeru itu,
Saya mengharapkan semua pembaca blog ini dapat mengingat dan menghayati apa itu erti KEIMANAN YANG SEBENARNYA...
Dan di situlah terletaknya kesungguhan yang akan timbul di dalam sanubari saya, kawan, sahabat handai sekalian.

INSYA-ALLAH...IMAN YANG DICARI PASTI AKAN DITEMUI JUA...(",)

Sekian, terima kasih.

SEUNGGAS

Labels: 0 comments | | edit post
TERMENUNG 3
ASSALAMUALAIKUM...w.b.t...

Salam sejahtera dan salam perpaduan untuk anda semua.

Semoga berada dalam lindungan Allah sentiasa.

Sesungguhnya dah lama saya tak post kan sesuatu di dalam blog saya ni.

Namun kali ini terasa nak post sesuatu.


Tetapi...

Blog untuk kali ni agak berbeza sedikit.
Cuma untuk berkongsikan sesuatu yang mungkin agak membosankan untuk anda semua.


Saya kini belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Memasuki Tahun 2.

Seorang yang berkeyakinan dalam melakukan sesuatu tangungjawab dan amanah.


Sebagai salah seorang mahasiswa, sememangnya tugas sebagai seorang pelajar adalah sangat akrab sebagai kawan dan teman sehari-hari.

Biasalah, manusia normal, seorang pelajar bukanlah penghalang untuk saya merasakan, APAKAH ITU CINTA YANG SEBENAR...


Sangat banyak persoalan yang perlu diungkapkan di sini.
Aku seorang pelajar,

ADAKAH AKU LAYAK BERCINTA?
ADAKAH CINTA ITU BUTA?

ADAKAH CINTA ITU DATANG DENGAN SENDIRINYA?

SIAPAKAH AKU UNTUK BERCINTA?

BILAKAH MASANYA UNTUK AKU UNGKAPKAN KATA-KATA CINTA?

DI MANAKAH SELAYAKNYA AKU MENGUNGKAPKAN CINTA?

........

Banyak persoalan yang saya sendiri tak mampu nak jawab sebab saya hanya seorang pelajar Islam yang berpegang dan menurut perintah Allah (insya-ALLAH).


Bukan ke hubungan yang selayak-layak dan diredhai-nya hanyalah dengan ikatan PERKAHWINAN?


Tetapi...


Kenapa masih ada umat manusia bercinta sebelum kahwin?

Adakah perasaan yang tiba-tiba timbul ini hanyalah semata-mata nafsu?

Atau itulah hakikatnya?

Pemikiran saya bertambah pening dan akhirnya saya kembali...


TERMENUNG...


untuk memikirkannya...


dari,

SEUNGGAS
Labels: 2 comments | | edit post
TERMENUNG 2

Sedang asyik termenung memikirkan sesuatu yang belum pasti, seorang sahabat yang memahami dan banyak membantu dalam membina semangat penulis kembali telah mengirimkan sebuah lagu yang penulis rasakan sangat memberikan keinsafan dan kesedaran. Buat tatapan semua, inilah bait-bait lirik alunan lagu tersebut. Marilah kita sama-sama menghayatinya . . .

LAYAR KEINSAFAN
mestica

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir,
menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu

Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan

Bekalan sepanjang perjalanan

Mencari ketenangan


Biar Kau menjadi saksi

Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar

Berikanlah ku hidayah

Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini

Menuju bahagia yang kekal abadi


PadaMu Tuhan

Kan kuserahkan cinta kepadaMu


Tuhan layarkanku ke arah cintaMu

Tuntuniku menggapai redhaMu

Rimbunan kasihMu ku berteduh

KepadaMu ya Tuhan

Berikan secebis keinsafan

Bekalan sepanjang perjalanan

Mencari ketenangan


Biar Kau menjadi saksi

Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar

Moga keikhlasanku terlakar

Berikanlah ku hidayah

Agar dikuatkan iman yang lemah

Moga diberkati hidup ini

Menuju bahagia yang kekal abadi


Harapanku moga dikurniakan

Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora


Lagu ini penulis tujukan khas buat sesiapa sahaja manusia bergelar ISLAM. Ingatlah wahai manusia, hidayah ALLAH bukanlah sukar untuk kita kecapi kerana semuanya terletak kepada diri kita sama ada mahukannya ataupun tidak. Sifat manusia pada hari ini sangat mengecewakan dan tidak terkecuali, penulis warkah ini sendiri. Manusia pada hari ini hanya tahu berbicara tentang duniawi dan ukhrawi, tetapi hakikatnya tidaklah sehebat mana. Justeru, sebagai manusia yang bergelar ISLAM ini harus saling ingat-mengingati antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan yang semakinhari semakin kompleks ini.

Bagi penulis, semamangnya tiada masalah pun yang akan timbul kerana semua masalah itu sudah penulis anggap sebagai CABARAN yang cuba mengahalang laluan kita. Jadi, seseorang manusia yakni KHALIFAH harus berani menongkah arus supaya kita dapat capai sama-sama rahmat Ilahi yang kita harapkan itu.

Keinsafan sebenarnya ada dalam setiap hati seseorang Islam yang percaya dan yakin akan kewujudan ALLAH. Akan tetapi semua itu hanya akan menjadi perhiasan yang hitam di dalam hati manusia sekiranya kita langsung tidak ambil peduli tentangnya. Jadi, perhiaskanlah hatimu dengan cahaya keinsafan. Semoga kita tidak lokek dalam membasahkan bibir kita dengan ungkapan 'ASTAGFIRULLAH'. . .


SEMOGA ALLAH S.W.T. SENTIASA MEMBERKATI ANDA SEMUA


daripada


MERPATI
Labels: 1 comments | | edit post
HARI SEMALAM YANG MEMENINGKAN
Tatkala masa tiada hentinya menjalankan tugasnya sebagai petanda waktu, aku terdiam mengenangkan dia. Aku tak tahu mengapa aku berperasaa sedemikian. Adakah aku terlalu merinduinya? Adakah aku telah terkena dengan sentuhan lembutnya membuatkan aku sudah gila bayang? Ahh... Siapalah diri ku ini padanya. Hanya belangkas yang menantikan tangkapan oleh si nelayan untuk dimakan telurnya.

Aku makin tak tahan. Semakin hari, aku semakin tersepit di celah laluan tirus di 'lebuh raya' kehidupan. Entah apalah nasib aku untuk hadapi semua ini. Hati ku selalu mengeluh, adakah hanya aku yang bersalah? Adakah hanya aku bekas seorang PLAYBOY, aku tidak layak untuk berubah? Setiap hari aku kecewa. Namun aku tetap bersemangat dalam meniti setiap ranjau kehidupan yang kompleks ni. Aku tak mau, setiap raut wajah yang menatapku dapat menyedari akan kegelisahan di hati yang penuh duka dan lara.

Walau hebat dugaan yang Tuhan amanahkan kepada ku, akan ku tetap junjung segigihnya supaya ia tidak jatuh dikotori tanah. Aku tetap tega dengan segala takdir yang telah diberikan dan disuratkan kepada ku. Hanya aku perlu tabah dalam setiap gerak langkahku yang kian mengecil dek kerana masalah yang remeh dan longlai ini.

Walaupun aku tidak 'mampu' bersamanya, namun aku tetap utuh berusaha. Kerana cinta yang indah itu hanyalah datang dari Allah yang satu...

Aku mula berfikir dan berfikir. Sesekali air mata menitis kebasahan di pipi. Aku hanya mampu bertahan dari melawan kerana aku tak terdaya. pengalaman silam yang hitam boleh menjeratku pada bila-bila masa sahaja. Aku hanya mencintai dan menyayangi dia. Tetapi dugaan yang datang aku hanya mampu jadikan sebagai pemangkin untuk kehidupan ku pada esok hari.

Tatkala hari lahirnya menjelang, aku masih pening dalam memilih apakah yang patut aku sambutkan untuk dia yang aku sangat rindui. Tapi lain jadinya. Kenapa dia tidak mengendahkan setiap selorohku? Kenapa dia tidak riang bila berbicara denganku? Semua itu menjadi 'road-block' dalam saluran pernafasan dan otak yang sedang berfungsi dengan normal.

Aku bukan berniat untuk memanah hatinya dengan panahan beracun. Tapi aku hanya ingin jujur dengannya demi kebaikan hubungan ini. Tapi, dia dengan segera mengarahkan tenteranya terus menyerang hatiku yang lara ini. Dan akhirnya aku tewas dalam genggamannya. Aku tewas kerana aku sedar akan perasaannya yang sangat tidak berpuas hati denganku sejak dahulu lagi...

Hari semalam memang memeningkan. Aku tak dapat nak berbuat apa-apa meskipun 'asignment' berlambak kini. Aku masih terlopong dengan apa yang terjadi. yang diharapkan lain, lain pula jadinya. Apapun, hidup mesti diteruskan walaupun tanpa orang yang tersayang. Agak sukar, namun aku tak rela untuk lepaskan dia.

Semoga hari ini dan hari-hari yang mendatang tidak memeningkan kepala ku wat kali yang seterusnya...

p/s : ayat yang digunakan juga memeningkan. Jadi, janganlah pening2 yer... salam

karya,

MERPATI
Labels: 4 comments | | edit post
IMAM SYAFIE

WASIAT IMAM SYAFIE 1



BELAJAR DAN MENGAJARKAN ILMU


“tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat, di samping ianya menjadi amalan kepada para nabi, rasul dan orang-orang soleh.”


Manusia sememangnya dituntut untuk mempelajari ilmu yang telah dikurniakan dari ALLAH kepada umat-Nya. Ia terbukti dengan peristiwa kerasulan nabi Muhammad S.A.W. di gua Hira’ di mana malaikat Jibril mengarahkan baginda untuk membaca berulang kali. Peristiwa itu telah memberikan impak yang paling besar kepada umat manusia iaitu dengan turunnya agama Islam dengan surah pertama, surah Iqra’ (baca).

Sesungguhnya ilmu yang dimaksudkan sebenarnya adalah ilmu yang mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Tidak kira ilmu akhirat seperti tauhid ataupun ilmu dunia seperti sains dan matematik, kerana kedua-dua jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudan dan kekuasaan ALLAH yang tidak terbatas.

Ilmu terbahagi kepada 2 cabang iaitu ilmu Masail (hukum-hukum dan perundangan) dan ilmu Fadhil (fadhilat dan ganjaran). Ilmu Masail perlu dipelajari daripada individu-individu yang mahir dalam bidang ini seperti ustaz atau guru. Ilmu Fadhail pula boleh dipelajari daripada membaca buku dan menghadiri majlis-majlis ilmu seperti syarahan agama, usrah, forum dan sebagainya.

Manusia perlukan ilmu dalam menempuh cabaran hidup yang kian kompleks kini. Ilmu ALLAH yang telah dipelajari dan dikuasai perlu disampaikan kepada orang lain bagi meningkatkan lagi penguasaan terhadap ilmu tersebut. Ilmu bukan untuk disalahgunakan untuk perkara-perkara yang terlarang. Gunakanlah ilmu itu untuk kebaikan dan sentiasalah bersyukur atas ilmu yang telah terpatri di hati. Semoga setiap amalan kita diterima oleh-Nya. Sesungguhnya ALLAH maha Mengetahui akan setiap sesuatu yang kita lakukan.


Ikhlas,

SEUNGGAS

Related Posts with Thumbnails

BICARA UMMAH

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

IKLAN