KASIH DIPAUT


I made this widget at MyFlashFetish.com.

AL-QURAN

AS-SUNNAH

ZIKRULLAH

Zikrullah
HARI SEMALAM YANG MEMENINGKAN
Tatkala masa tiada hentinya menjalankan tugasnya sebagai petanda waktu, aku terdiam mengenangkan dia. Aku tak tahu mengapa aku berperasaa sedemikian. Adakah aku terlalu merinduinya? Adakah aku telah terkena dengan sentuhan lembutnya membuatkan aku sudah gila bayang? Ahh... Siapalah diri ku ini padanya. Hanya belangkas yang menantikan tangkapan oleh si nelayan untuk dimakan telurnya.

Aku makin tak tahan. Semakin hari, aku semakin tersepit di celah laluan tirus di 'lebuh raya' kehidupan. Entah apalah nasib aku untuk hadapi semua ini. Hati ku selalu mengeluh, adakah hanya aku yang bersalah? Adakah hanya aku bekas seorang PLAYBOY, aku tidak layak untuk berubah? Setiap hari aku kecewa. Namun aku tetap bersemangat dalam meniti setiap ranjau kehidupan yang kompleks ni. Aku tak mau, setiap raut wajah yang menatapku dapat menyedari akan kegelisahan di hati yang penuh duka dan lara.

Walau hebat dugaan yang Tuhan amanahkan kepada ku, akan ku tetap junjung segigihnya supaya ia tidak jatuh dikotori tanah. Aku tetap tega dengan segala takdir yang telah diberikan dan disuratkan kepada ku. Hanya aku perlu tabah dalam setiap gerak langkahku yang kian mengecil dek kerana masalah yang remeh dan longlai ini.

Walaupun aku tidak 'mampu' bersamanya, namun aku tetap utuh berusaha. Kerana cinta yang indah itu hanyalah datang dari Allah yang satu...

Aku mula berfikir dan berfikir. Sesekali air mata menitis kebasahan di pipi. Aku hanya mampu bertahan dari melawan kerana aku tak terdaya. pengalaman silam yang hitam boleh menjeratku pada bila-bila masa sahaja. Aku hanya mencintai dan menyayangi dia. Tetapi dugaan yang datang aku hanya mampu jadikan sebagai pemangkin untuk kehidupan ku pada esok hari.

Tatkala hari lahirnya menjelang, aku masih pening dalam memilih apakah yang patut aku sambutkan untuk dia yang aku sangat rindui. Tapi lain jadinya. Kenapa dia tidak mengendahkan setiap selorohku? Kenapa dia tidak riang bila berbicara denganku? Semua itu menjadi 'road-block' dalam saluran pernafasan dan otak yang sedang berfungsi dengan normal.

Aku bukan berniat untuk memanah hatinya dengan panahan beracun. Tapi aku hanya ingin jujur dengannya demi kebaikan hubungan ini. Tapi, dia dengan segera mengarahkan tenteranya terus menyerang hatiku yang lara ini. Dan akhirnya aku tewas dalam genggamannya. Aku tewas kerana aku sedar akan perasaannya yang sangat tidak berpuas hati denganku sejak dahulu lagi...

Hari semalam memang memeningkan. Aku tak dapat nak berbuat apa-apa meskipun 'asignment' berlambak kini. Aku masih terlopong dengan apa yang terjadi. yang diharapkan lain, lain pula jadinya. Apapun, hidup mesti diteruskan walaupun tanpa orang yang tersayang. Agak sukar, namun aku tak rela untuk lepaskan dia.

Semoga hari ini dan hari-hari yang mendatang tidak memeningkan kepala ku wat kali yang seterusnya...

p/s : ayat yang digunakan juga memeningkan. Jadi, janganlah pening2 yer... salam

karya,

MERPATI
Labels: 4 comments | | edit post
IMAM SYAFIE

WASIAT IMAM SYAFIE 1



BELAJAR DAN MENGAJARKAN ILMU


“tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat, di samping ianya menjadi amalan kepada para nabi, rasul dan orang-orang soleh.”


Manusia sememangnya dituntut untuk mempelajari ilmu yang telah dikurniakan dari ALLAH kepada umat-Nya. Ia terbukti dengan peristiwa kerasulan nabi Muhammad S.A.W. di gua Hira’ di mana malaikat Jibril mengarahkan baginda untuk membaca berulang kali. Peristiwa itu telah memberikan impak yang paling besar kepada umat manusia iaitu dengan turunnya agama Islam dengan surah pertama, surah Iqra’ (baca).

Sesungguhnya ilmu yang dimaksudkan sebenarnya adalah ilmu yang mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Tidak kira ilmu akhirat seperti tauhid ataupun ilmu dunia seperti sains dan matematik, kerana kedua-dua jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudan dan kekuasaan ALLAH yang tidak terbatas.

Ilmu terbahagi kepada 2 cabang iaitu ilmu Masail (hukum-hukum dan perundangan) dan ilmu Fadhil (fadhilat dan ganjaran). Ilmu Masail perlu dipelajari daripada individu-individu yang mahir dalam bidang ini seperti ustaz atau guru. Ilmu Fadhail pula boleh dipelajari daripada membaca buku dan menghadiri majlis-majlis ilmu seperti syarahan agama, usrah, forum dan sebagainya.

Manusia perlukan ilmu dalam menempuh cabaran hidup yang kian kompleks kini. Ilmu ALLAH yang telah dipelajari dan dikuasai perlu disampaikan kepada orang lain bagi meningkatkan lagi penguasaan terhadap ilmu tersebut. Ilmu bukan untuk disalahgunakan untuk perkara-perkara yang terlarang. Gunakanlah ilmu itu untuk kebaikan dan sentiasalah bersyukur atas ilmu yang telah terpatri di hati. Semoga setiap amalan kita diterima oleh-Nya. Sesungguhnya ALLAH maha Mengetahui akan setiap sesuatu yang kita lakukan.


Ikhlas,

SEUNGGAS

Related Posts with Thumbnails

BICARA UMMAH

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

IKLAN