KASIH DIPAUT


I made this widget at MyFlashFetish.com.

AL-QURAN

AS-SUNNAH

ZIKRULLAH

Zikrullah
TERMENUNG 1




Sifat baran dan tidak mahu memafkan orang lain sudah semakin menenggelamkan kesantunan budi pekerti masyarakat Melayu pada hari ini. Semakin hari manusia semakin individualistik. Salah siapa? Persoalan tersebut tiba-tiba muncul di kotak pemikiranku yang sedari tadi asyik termenung memikirkan sesuatu yang belum pasti.

Sesungguhnya manusia semakin hari semakin berubah. Kehidupan dan pemikiran mereka mula berubah menjadi semakin kompleks. Mereka kini hanya mementingkan diri. Aku terdiam seketika memikirkannya. Mengapa harus terjadinya permasalahan seperti ini? Jawapan dan jalan penyelesaian hanya pada ALLAH yang Esa kerana Dia-lah yang membina segala kejadian di laut, di udara dan di bumi. setiap sesuatu yang dijadikan-Nya itu mempunya sebab dan musababnya yang tersendiri yang tidak disedari oleh setiap hamba-Nya bergelar manusia.

Hanya Dia-lah yang mengetahui segalanya...

[Nukilan ini dihasilkan ketika penulis berada di dalam sebuah bas di perhentian Muar pada 16 Oktober semasa penulis mahu pulang ke kampung bersendirian]
Seunggas
Labels: 2 comments | | edit post
BAHAGIA YANG SEBENTAR


sehingga semalam aku masih terkenangkan persoalan yang masih membayangi otak yang kian sempit ku ini. setiap saat, setiap masa, aku terpejam dengan himpitan masalah yang sekian lama melemaskan aku. aku tak terdaya sebenarnya. namun, disebabkan perasaan aku yang kian mendalam terhadapnya, aku teruskan dengan sisa-sisa ketabahan dan kesabaran yang masih ada dalam hati ku ini. aku sangat menyayanginya. tapi entah mengapa aku perlakukannya seperti itu dulu. seperti aku langsung tidak menghargainya. aku terfikirkan pula tentang dosa yang telah banyak aku lakukan. aku sungguh berdosa pada-MU Tuhan. aku berdosa pada setiap makhluk yang berdampingan dengan ku. namun aku tetap redha, walaupun hati ini gundah, tetapi aku tetap meneruskan hidup aku dengan penuh kesabaran.

jam sudah menunjukkan tepat jam 5 petang. waktu itu aku bingkas bangun dengan tergesa-gesa. tiket perjalananku yang terselit di dalam dompet kecil di dalam laci meja terus aku capai. 8.30 malam! baju di dalam mesin tidak lagi aku jemur, solat juga belum aku tunaikan. ah, kenapa aku boleh terlajak lena sehingga waktu seperti ini. bukankah tidur selepas waktu asar tidak elok dilakukan? aku juga belum membersihkan diri. aku takut lewat ke terminal. namun aku tetap dengan hati yang tenang. aku lakukan satu persatu dengan cermat dan teratur supaya sempurna segalanya.

dalam masa yang sama, aku masih menanti si'dia' menghubungi aku. tapi masih tiada jua. mugkin si'dia' masih memarahi aku kerana aku berlaku 'curang' terhadapnya. aku tidak pasti itu tuduhan fitnah semata-mata atau pun tidak, kerana aku tidak berada ditempatnya. mungkin aku akan lebih memahaminya apabila berjaya menyelami dan mendalami perasaannya ketika itu. aku terus mencapai telefon bimbit dan terus menekan beberapa kekunci memanggil namanya. ah, rindunya aku padanya. namun aku lebih rindukan kasih sayang-NYA. hanya Dia sahajalah yang memberikan aku kebahagiaan dan peluang dalam membaiki diri yang serba kotor dan hina ini. pelajaran juga tidakku lupa. tanpa ilmu dan pelajaran, pasti manusia itu lemas terhanyut dalam arus benua duniawi yang penuh dengan cabaran dan permasalahan yang kian bertimpa kini.

selesai sudah menyiapkan diri, aku terus berangkat ke pondok yang sentiasa dipenuhi manusia yang berkeinginan untuk menuju ke destinasi masing-masing. kenderaan utama pelajar universiti ketika itu belum menunjukkan tanda-tanda untuk bergerak, namun kenderaan yang sama dari arah yang berbeza telah tiba lalu aku terus menaikinya tanpa menoleh kebelakang. dengan beg yang berat, aku duduk dengan tenang. riang sungguh hatiku kerana ingin balik ke kampung halaman yang aku sangat rindui. mak, abah, adik-adik, kakak-kakak, aku sangat rindukan gelak tawa bersama-sama dengan kamu semua!

aku mula menyeluk saku seluarku mencapai sesuatu. aku cepat-cepat lihat pada skrin. terdapatlah gambar yang menggembirakan hatiku walaupun ia tak seindah khabar dari rupa. aku gembira kerana 'dia' masih sudi menghubungiku. aku terus membalas dengan kata-kata yang manis supaya aku tidak mengguriskan hatinya yang kian tercalar. walaupun 'dia' sangat membenciku, namun aku sentiasa menyedari bahawa, manusia tidak akan mempercayai seseorang yang banyak kali menyakiti dan mengecewakan hatinya selagi tidak terbukti seseorang itu telah berubah. aku hanya redha pada Ilahi. itulah balasan 'tunai' yang aku terima mungkin.

'dia' bertanyakan tentang khabarku di sini. walaupun hairan tertapi aku bersyukur. 'dia' masih sudi menjawab dan mengambil tahu tentang diriku. lantas, aku menjawab pertanyaannya bahawa aku di sini sihat belaka. namun, pada hakikatnya aku sakit. aku menghidap sejenis penyakit yang sebenarnya boleh mendatangkan kemudaratan. namun tiada siapa yang tahu hal ini. doktor sendiri telah membuat pengesanan namun tidak berjaya juga. apakah penyakitku sebenarnya? hanya Tuhan yang tahu. hasrat ku hanya satu ketika itu, aku tidak mahu si'dia' tahu tentang keuzuranku itu. aku mahu buat 'dia' sentiasa gembira bila di sampingku. itu sudah cukup buat aku gembira dan bahagia walaupun sebentar.

sehingga ke terminal, aku masih berbalas-balas mesej dengannya. tetapi, pada waktu itu aku tidak sengaja mengatakan sesuatu kepadanya. aku telah mengatakan bahawa, dia selalu melakukan perkara yang aku tidak sukai. walaupun aku tahu, dia tidak melakukannya, namun aku mahu mengujinya sahaja. adakah dia masih menyayangi ku? dia sungguh marah dengan ucapanku itu. sungguh tidakku duga. ku sangka panas sehingga petang, rupanya hujan ditengah hari. dia kembali marah padaku. berulangkali aku memohon maaf padanya, namun tidak satu pun diterimanya. jelas kini, dia memang menyayangi ku jua.

aku terpana, adakah aku terlalu mengikut emosi dalam berbicara dengannya?aku tidak mengerti ketika itu. aku kebingungan. namun, aku bersyukur. walaupun sebentar, namun ia sudah cukup membahagiakan aku dengan menguntum senyuman manis dengan tiba-tiba.

Maharaja Nan Serupa
Labels: 0 comments | | edit post
KEHIDUPANKU HARI INI (14.10.2009)


hari ini seperti biasa aku lalui dengan tenang walaupun hati gundah gulana. aku tetap melangkah keluar dari kamar menuju ke kuliah seawal pagi. langkah ku penuh dengan pengharapan agar si 'dia' mengkhabarkan berita, namun tetap tak kunjung tiba. ku teruskan langkah jua sehingga berhenti di sebuah tempat menunggu. menunggu pergerakan bas yang belum berganjak dari tempatnya. aku terpana, terfikir, dan bertanya seribu rasa, mengapa hati ini gundah? adakah kerana hari ini merupakan salah satu hari penting dalam menilai sejauh kemampuanku dlam berbahasa asing? oh, Tuhan, kenapa aku jadi seperti ini. aku terjaga buat seketika apabila hon kenderaan utama pelajar universiti dibunyikan. itu menandakan ia akan bergerak sebentar lagi.

aku terfikir sekali lagi. terfikir-dan terfikir sehingga aku tak dapat tumpukan perhatian dalam setiap langkahku. sedar atau tidak, tubuhku yang seram sejuk sudah berada di dalam perut kenderaan tersebut. aku dapat lihat, kawan-kawan ku berdiri, duduk, berborak, berbincangkan sesuatu, ketawa, muram, dan banyak lagi ragam pada pagi itu, sedangkan aku, masih di dalam kebingungan. si 'dia' tetap tak memberi balas padaku. kenapa hati ini semakin sedih dan hilang pertimbangan.

dipendekkan cerita, selesai sudah penilaian prestasi ku yang terakhir. buruk! teruk! dan sangan menyedihkan! itu lah kata lontaran hatiku yang aku mampu luahkan sewaktu itu. aku gagal buat yang terbaik dikala aku tanpa dirimu. kuliah habis setengah jam awal dari biasa. aku terus ke surau. sedikit ketenangan dapat ku hamparkan dengan solat Dhuha yang aku dirikan. ku masih menanti. si 'dia' tetap tidak membalas jua. aku terpana. kenapa aku jadi seperti ini. aku dah jadi hamba cinta. tak mungkin!

selesai solat Zuhur, kuteruskan perjuangan di medan kuliah seterusnya. kuliah ku seterusnya terhenti tepat jam 4 petang. tatkala ramai yang berpusu keluar menuju ke tempat menunggu, sambil berjalan ku lihat skrin berulang kali, namun tetap tiada balasan dari 'mu'. gundah gulana sungguh hatiku ketika itu. terbayang di mata dan difikiran, apakah yang 'dia' mahukan? kejujuran telah ku beri, keikhlasan telah ku semat. namun, si 'dia' tetap dengan pendirian.

malam kian menjelang. perut yang sedari tadi belum ku suap baru sahaja mengeluarkan irama keroncong ala ghazal rabiah. ku rebahkan diri ini yang keletihan di hamparan tilam atas katil ku di dalam kamar. letih kurasakan dan persoalan itu sentiasa bermain di minda sehingga membuatku terlena seketika. selang beberapa masa, aku terjaga. kewajipan Asarku belum tertunai.

malam pun menjelma. selesai solat maghrib, laptop ku terbuka sudah.kekunci ku tekan satu persatu demi menyiapkan keraja yang semakin menggunung tingginya. esok adalah hari penghantaran. alhamdulillah, akhirnya siap juga walaupun belum sempurna jasadnya. namun ku tetap bersyukur. esok juga dijalankan ujian kali ke-3. sesungguhnya aku tiada membaca nota yang diberikan, namun aku redha dengannya dengan sedikit usaha yang akan aku lakukan menjelang tegah malam ini. tiba-tiba skrin ku memberi isyarat. aku tahu, si 'dia' pasti membalas. riang sungguh hatiku ketika itu. namun, sebaliknya yang berlaku.

sedikit demi sedikit dia kian membenciku. atas persoalan kejujuran dengan janji yang telah terpatri. 'teman', aku sudah mengotakan janji ku. kuatkan hati dan iman di dada supaya maksiat tidak melanda. namun ketidakpercayaan lebih berkuasa. aku terpana lagi. dosa apakah yang aku lakukan kini? aku penipu, aku tak takut dosa dengan janji, aku permainkan kaum hawa. ah, menjerit saja batinku yang mampu aku lakukan. di manakah kesilapan yang aku telah lakukan? adakah dengan jujur dan berkongsi perkara yang aku alami itu satu kesalahan? aku bersabar walaupun hati ini makin perit seolah-olah di siat-siat oleh belati. aku tetap kuatkan hati demi melawan nafsu amarahku yang kian membuak-buak. akal memainkan peranan. akal lah senjataku. aku tetap tenang biar pun bersama kawan di meja makan, di dalam bilik. aku redha...

aku redha, ya Allah. sesungguhnya, inilah balasan dunia yang Kau berikan kepadaku. dulu aku serba hina dengan permainanku. tapi kini tidak, dan aku percaya, dosa tunai, akan dibayar tunai. kuatkanlah hati ku ini demi menempuh cabaran dan dugaan yang mendatang. semakin hari semakin banyak. semakin bertimbun. semakin meuas di segenap lapisan kehidupan manusia. sesungguhnya aku hanya insan kerdil yang inginkan nur cahaya Mu.

esok aku akan melalui ujian dan beberapa kelas bersama pensyarah. aku sedia dengan semuanya walaupun persoalan itu kian bermain di benak pemikiranku. walau apa sekalipun, aku tetap tabah mengisi masa-masa yang mendatang dengan hati yang lebih matang dalam memikirkan sesuatu perkara dan merungkai rahsia. tatkala itu, hati ini masih tercari-cari, di manakah letaknya jawapan kepada semua persoalan?

tepuk dada, tanyalah iman...

sekian...

Maharaja Nan Serupa
(cerita ini rekaan semata-mata)
Labels: 0 comments | | edit post
TEMAN SOLEHAH



SEBUAH PERTEMUAN

Album : See You D IPT
Munsyid : Unic

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

bait-bait lagu ini banyak mengingatkan ku bersamanya. sungguh menusuk jiwa dan sangat menyentuh batin ku yang kian kotor dan hitam. 'teman', sekian lama kau menahan keperitan atas dosa dan laku ku yang sangat menjolok mata. aku yang kerdil ini selalu mengecewakanmu dalam perhubungan ini. mata ku telah dibutakan dan dipalsukan dengan tikaman nafsu sehingga aku tak dapat lihat bias suluhan terang pada kaca, mahupun permata. biarpun sukar, kau tetap bersama ku dengan kejujuran dan keikhlasan. daku sungguh terharu dan sedar akan kesilapan langkah ku yang lalu. walau berulang kali ku tersilap langkah, kau tetap dengan kemaafanmu yang tulus. di situlah aku tersungkur tatkala kau masih berdiri kukuh menongkah arus.

manusia jenis apakah aku ni wahai 'teman'? adakah kau sanggup bersama orang yang sangat berdosa, hitam dan berkarat ini? aku selalu mengecewakanmu, tapi kau tetap dengan senyuman manismu. aku tidak mengerti dan ketahui bagaimana harus aku menghargai kasihmu. aku sentiasa resah walaupun telah gapai apa yang aku mahupun tanpa kehadiranmu di sisi. aku resah tanpamu 'teman'. sesungguhnya kau tetap BIDADARI CINTA ku. aku takkan kecewakan mu kembali. kekuatan hatiku ada bersama-sama mu bila janji telah termeterai lebih setahun yang lalu. segala ujian Tuhan yang diberi kau harungi semuanya dengan tabah. sungguh mulia baktimu pada ku. tak terkata dengan kata-kata. hanya ALLAH S.W.T. yang dapat membalas kasihmu yang hanya kerana-NYA.

setiap kali aku tertunduk bersalah, kau tetap tersenyum dan berkata :

"ALLAH MAHA PENYAYANG. KASIHI-NYA DAHULU SEBELUM KITA KASIHI RASUL DAN SESAMA MAKHLUK. INSYAALLAH, PASTI KEBAHAGIAAN AKAN JADI MILIK KITA SELAMANYA"

terima kasih wahai hamba ALLAH bernama 'teman'


Labels: 0 comments | | edit post
KAHWIN MUDA : RELEVAN @TIDAK

Bismillahirrahmanirrahim…

Sidang hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Harum semerbak limau kasturi, seindah pemandangan wajah sang puteri, bukan kerana ingin mencari calon isteri, tetapi untuk membawa anda semua untuk kita sama-sama memahami, menyelami, mendalami sebaris ayat yang berbunyi, “Kahwin Muda : Relevan Atau Tidak”.

Sekalung perpaduan saya hulurkan kepada Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang Arif Lagi bijaksana Barisan Hakim Yang Arif dan berpaksikan keadilan semestinya, Saudara Penjaga Masa Yang setia dengan randiknya, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin dan hadirat, seterusnya mahasiswa-mahasiswi sekalian yang ceria wajahnya.

Assalamualaikum w.b.t

Bicara perdana saya pada pagi ini adalah berpaksikan situasi sosial masa kini iaitu kahwin muda. Persoalan yang bermain-main di ruang legar pemikiran kita, adakah releven atau pun tidak?

Hadirin,

Menurut ahli antropologi, secara literal dan konseptualnya, perkahwinan merujuk kepada penyatuan ekonomi dan seksual antara lelaki dan perempuan yang diiktiraf oleh sesebuah masyarakat. Perkahwinan sebenarnya hanyalah bertujuan untuk mendapatkan zuriat, memenuhi keperluan, mengelakkan persaingan, dan sebagainya. Oleh sebab itulah, kita sebagai manusia sememangnya berkeinginan untuk berkahwin.

Walau bagaimanapun hadirin sekalian,

Berkahwin seawal usia muda sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Namun hal ini langsung tidak disedari oleh segenap lapisan masyarakat kerana rata-rata pemikiran mereka sudah disempitkan oleh kekaburan alasan yang perkahwinan tersebut hanya untuk mengelakkan maksiat semata-mata. Tidakkah mereka berfikir bahawa alasan rapuh tersebut tidak akan menjamin kebahagian rumah tangga mereka kelak?

Sidang dewan yang mulia,

Kematangan setiap pasangan yang berkahwin sangat penting dalam membina sesebuah rumah tangga yang kukuh tiang dan pasaknya. Namun, apabila berkahwin pada usia muda, dapatkah kematangan itu dicapai? Golongan muda pada masa kini kebanyakannya tidak mempunyai persediaan dari segi mental dan fizikal untuk berkahwin. Mereka hanya ingin berhibur, berhibur,dan berhibur semata-mata.

Hadirin,

Mereka yang ingin berkahwin muda ini sebenarnya terpengaruh dengan kisah-kisah yang disiarkan di kaca televisyen. ‘Dunia Baru’ contohnya, memaparkan kehidupan remaja yang berkahwin ketika sedang melanjutkan pelajaran di IPT. Walaupun pengakhiran cerita tersebut adalah baik, tetapi di dunia realiti, tidak seindah khabar dari rupa. Lihat sahajalah, berapa banyak pasangan yang bercerai kerana tidak sehaluan dengan benda yang remeh-temeh? Sangat sukar diterima akal jika mereka bercerai hanya kerana cemburu. Sangat sukar diterima akal apabila mereka bercerai hanya kerana tidak mahu menukar lampin anak. Di manakah kematangan mereka? Tepuk dada, tanya iman.

Sidang dewan yang setia,

Dari segi ekonomi sesebuah rumah tangga yang didirikan pula perlu cukup dan kukuh. Sebagai suami, ini penting dalam memastikan kecukupan keperluan anak dan isteri. Jika, berkahwin seawal usia muda, dapatkah kecukupan ekonomi itu dicapai? Cuba kita sama-sama bayangkan, makanan, pakaian, tempat tinggal, tabungan, dan banyak lagi perlu mereka penuhi. Apakah mereka mampu? Jarang sekali kita melihat golongan muda pada masa kini sudah bekerja tetap dan bersedia untuk menanggung anak orang lain. Tambahan pula, ramai golongan muda kini hanya menjadi penganggur terhormat.

Hadirin yang setia mendengar,

Mereka belum cukup bersedia untuk menempuhi alam perkahwinan dengan hanya sedikit ilmu agama. Atas inisiatif pihak tertentu, kini telah di wujudkan ‘kursus perkahwinan’ yang wajib diikuti oleh bakal pengantin. Persoalan yang timbul, mengapakah tujuan program tersebut diwajibkan? Adakah hanya sekadar memenuhi syarat perkahwinan di Malaysia sahaja? Nah lihatlah sendiri bahawa ilmu agama perlu kukuh dan kuat sebelum melayari bahtera rumah tangga.

Hadirin yang dihormati,

Marilah kita sama-sama memikirkan tentang masa depan hidup ini yang semakin hari semakin kompleks. Banyak rintangan dan cabaran yang harus kita tempuhi. Tidak kurang juga peluang yang terhidang untuk kita sama-sama tangkap supaya hidup kita lebih bermakna. Dan ingatlah, setiap pelakuan itu tidaklah harus dilakukan secara terburu-buru, tetapi lakukanlah dengan cara berhemat dan tenang untuk mendapat keputusan yang terbaik.

Akhir kata dari saya,

Perkahwinan ibarat sebuah sangkar,

Burung diluar beria-ia hendak masuk kedalam,

Tetapi burung di dalam beria-ia hendak keluar.

Sekian terima kasih….

Labels: 1 comments | | edit post
KELUARGA SELAMANYA
salam sejahtera kepada semua.




PENGENALAN

seperti biasa, saya menginterpretasikan perasaan saya kepada anda semua. namun kali ini berbeza sedikit kerana pada kebiasaannya saya asyik meluahkan perasaan tanpa menceritakan serba sedikit sejarah dan kehidupan ku sebagai hamba Allah di muka bumi ini. namun kali ini, saya akan menceritakan sejarah hidup dan latar belakang riwayat hidup ku yang serba jahil ini. sesungguhnya saya bersyukur kerana dengan limpah dan kurnianya, saya dapat dilahirkan di bumi bertuah ini (MALAYSIA).

LATAR BELAKANG



rumahku syurgaku....


saya dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang sangat harmoni dan aman damai. keluarga saya cukup sifatnya ; ada abah (JAMIRAN) sebagai nakhoda keluarga, emak (SITI NURLIAH) sebagai pembantu nakhoda, kak long (SITI NURHANA) sebagai kelasi contoh, kak ngah (SITI NURHIDAYAH) sebagai kelasi yang bijaksana, saya (MOHD NUR SYUFAAT) sebagai pengemudi kapal, pie (MUHAMMAD NUR SYAFIEE) sebagai pembantu pengemudi, dan dua orang adik saya, sabariah (SITI NUR SABARIAH) dan yassin (MUHAMMAD NUR YASIN) sebagai kelasi-kelasi bantuan. kami tinggal di sebuah kampung berdekatan bandar kecil PARIT RAJA, BATU PAHAT di negeri JOHOR. sesungguhnya, aku sangat bersyukur kerana dilahirkan di dalam keluarga yang meriah ini. hidup kami sekeluarga sememangnya sangat ceria dengan hilai tawa dan keseronokan. walaupun kami dilanda pelbagai masalah, namun kami tetap bersama dalam menyelesaikannya.



keluarga bahagia yang saya sangat sayangi....


IDOLAKU

saya sangat mengkagumi kehebatan abah selaku nakhoda kapal keluarga. setiap perlakuannya pasti ada sebab dan musababnya. saya pernah ditampar abah kerana kebiadaban saya. pada ketika itu, saya mesih kecil lagi dan sangat marah kepada abah atas kejadian tersebut. namun, tamparan itulah yang membuatkan saya sedar akan tanggungjawab saya kepada ibu dan bapa. ketika itulah saya menyedari bahawa seorang anak itu, tidak boleh berlaku biadab kerana jasa mereka tiada tandingannya dalam membesarkan anak-anaknya. saya sangat mengkagumi kepimpinan abah. walau susah atau senang, perit dan pahit, abah tetap tersenyum tawa bersama kami. abah lah sumber inspirasi hati dan sanubari saya sebagai anak lelaki pertama dalam keluarga.

"abah doakan abang dapat menjalankan tugas sebagai pemimpin adik beradik dan dapat menjaga nama baik keluarga, sebab abang akan jadi ketua keluarga kelak, macam abah".

kata-kata itulah yang membuatkan saya bersemangat dalam menjalani kehidupan yang semakin mencabar ini. abah, yang juga seorang guru seringkali mengajar saya tentang ilmu pengetahuan dan pengalaman-pengalaman masa silam yang telah dilaluinya. tidak kurang juga, abah juga mengajar kami sekeluarga dari aspek kerohanian seperti amalan-amalan sunat, mengaji al-Quran bersama dan banyak lagi. abah lah idola saya untuk selamanya.
HARAPAN

untuk emak dan abah, abang yang sedang melanjutkan pelajaran di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA dalam bidang Antropologi dan Sosiologi, sentiasa mendoakan kebahagiaan keluarga kita walaupun masing-masing kini telah berjauhan memburu impian. kenangan kita bersama sentisa dalam ingatan. semoga kita tetap bersama selamanya.



walaupun hidup ini hanya lakonan tetapi, lakonan bersama mu sangat bermakna dan berharga buatku...
[ABAH:EMAK:ALONG:ANGAH:ABANG:PIEE:SABARIAH:YASSIN]
Labels: 0 comments | | edit post
Masyarakat Kini

selama aku menanti hidup yang kian kompleks dengan berbagai-bagai pemikiran, aku terpana dengan sesuatu yang cukup aku khuatiri. tatkala aku terlihat di dada-dada akhbar, masing-masing melontarkan kata-kata nista. masing-masing kononnya menegakkan kebenaran. tidakkah mereka berfikir mengapakah kita perlu bertelagah sesama manusia? tidakah mereka positif dalam menangani masalah yang tiada penghujungnya? siapakah mereka semua? siapa yang makan cili, dialah yang akan rasa pedasnya.

manusia memang diiktiraf oleh Sang Pencipta, tapi di manakah letaknya pengiktirafan itu? di mana? aku semakin tertanya-tanya. siapakah yang menolak pengiktirafan ini? jika ditanyakan soalan ini, tiada siapa yang mengaku. masing-masing berpaling. aku cukup hairan dengan situasi ini. mereka berpelajaran, tetapi berperangai seperti mereka yang cukup "berpelajaran".

aku cukup berharap keadaan ini tidaklah berpanjangan. kita sama agama, sama bangsa, sama negara. kita duduk dalam satu negara yang sudah cukup aman dan makmur. kemanakah kita ingin pergi jika kita terus macam ni? fikirkanlah tentang apa yang terjadi pada negara lain yang telah menderita dengan perkara seperti ini. tepoklah dada, tanyalah iman...

(maaf, post kali ni agak pendek kerana aku hanya ingin luahkan isi hati yang terbuku ni semaga diambil iktibar pada semua masyarakat)
Labels: 0 comments | | edit post
Related Posts with Thumbnails

BICARA UMMAH

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

IKLAN

  • PEMBUKA BICARA

    ISLAMIC TIME

    PICTURE

    PICTURE
    "ILMU PESAKA ABADI"

    SEARCH

    MUTIARA KATA

    SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAH. MANUSIA PERLU SEDAR, SETIAP YANG BERLAKU ADA RAHSIA DISEBALIKNYA. DAN ALLAH MAHA MENGETAHUI TENTANG APA YANG TERBAIK UNTUK KITA YANG HANYA MEMOHON DAN BERSERAH PADA-NYA. SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN DAN KEREDHAAN DALAM SETIAP LANGKAH YANG KITA BUAT. INSYA-ALLAH, HIDUP KITA AKAN TENANG...

    ABOUT ME

    My photo
    UKM, BANGI, Malaysia
    I MUST BE WHAT I THINK AND I MUST THINK WHAT I MUST BE. I ALSO MUST BE A SUCCESSFUL PERSON AND GET HAPPINESS IN MY LIFE. SO THAT, MY LIFE ARE BECOME INTERESTING WITH COLOURFUL LIFE.

    MAP LOCATION

    KARYA

    NAMAKU

    MOHD NUR SYUFAAT
    MMesra
    OOportunis
    HHarum
    DDinamik
    NNaif
    UUntung
    RRamah
    SSuci
    YYakin
    UUlung
    FFleksibel
    AAmanah
    AAlim
    TTulus
    Apa ada pada nama?

    iklan@SYUFAATISME