KASIH DIPAUT


I made this widget at MyFlashFetish.com.

AL-QURAN

AS-SUNNAH

ZIKRULLAH

Zikrullah
SANTUN PEKERTI


Santun pekerti, itu lah perkara yang ingin aku hujahkan pada waktu ni. Hidup kita memang tidak lari dari melakukan sesuatu kesalahan yang kita mungkin akan sesali. Sesekali kita lihat di luar kaca jendela mata kita, anak-anak sunti berlari-larian, berkejar-kejaran sambil memakai baju yang rabak, koyak sana sini, bersama entah lelaki busuk mana yang hanya berselimutkan kain kotor yang dicelup dengan warna putih. Adakah perlakuan tersebut yang menunjukkan santun pekerti?

Sesekali kita membaca di dada-dada akhbar, hanyalah terpampang kes-kes penceraian yang kebanyakkannya tidak masuk akal. Sangat mendukacitakan sekiranya peceraian itu hanyalah disebabkan gosip-gosip murahan yang disiarkan pada majalah hiburan yang melalaikan dan menjahanamkan umat manusia. Adakah ini yang dinamakan santun pekerti?

Hari semakin hari, masa berganti masa, perubahan dunia yang terus menjangkau arus globalisasi ini terus mengubah umatnya yang semakin hari semakin lalai dibuai mimpi indah. Dengan kemudahan internet, teknologi dan sebagainya sepatutnya dapat mematangkan lagi pemikiran manusia. Namun demikian, manusia semakin leka dengan friendster, facebook, myspace, permainan PSP, Game boy, dan banyak lagi.

Maka, di sini lah kita dapat lihat santun pekerti yang sudah tertanam dalam masyarakat Melayu semakin luntur di telan arus kemajuan. Kita perlu sedar akan perubahan yang berlaku ini perlukan satu kata putus dan jalan penyelesaian yang memungkinkan kita berubah dari sesuatu yang tak elok dipandang, kepada yang lebih membawa kebaikan kepada kita, masyarakat agama dan negara. sekian...
Labels: 0 comments | | edit post
اسلام عليكم ورحمة الله


Salam..pembuka kalam..
Aku Syufaat..
bukanlah seorang ternama..
dan bukan pula keturunan Raja..
Hanya seorang insan biasa di muka Bumi milik Allah ini..
Dan kadangkala kehadiranku dalam masyarakat tidakpun disedari oleh sesiapa..

Namun,
Aku tahu..
Kewujudanku di Bumi Allah ini ada fungsinya..
sebagai Khalifah..itu sudah pasti..
Maka dengan itu..kehadiranku di sini bukan hanya untuk berkongsi kisah suka duka ku semata-mata..
Tetapi yang utama adalah untuk menjalankan kewajipan ku sebagai hamba Allah..

Dakwah..

Blog aku ringkas..serba kekurangan..
Namun percayalah..segala yang ku luahkan disini..
amat tulus dalam jiwa ku ini..
Semoga aku diberi kekuatan oleh-Nya..

Insya-Allah~

Labels: 2 comments | | edit post
Related Posts with Thumbnails

BICARA UMMAH

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

IKLAN