KASIH DIPAUT


I made this widget at MyFlashFetish.com.

AL-QURAN

AS-SUNNAH

ZIKRULLAH

Zikrullah
Remaja Masa Kini

Remaja boleh diistilahkan sebagai golongan muda yang mempunyai umur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun. Mereka mempunyai sifat-sifat yang tersendiri berbanding golongan-golongan lain di dalam sesebuah masyarakat. Mereka agresif dalam menjalankan pelbagai aktiviti, berjiwa kental, mempunyai semangat yang membara, sifat enkuiri atau ingin tahu yang tinggi menjulang dan sebagainya. Sangat sukar bagi kita untuk menangani mereka apabila mereka ‘meletup’.

Golongan muda pada masa kini sering dikaitkan dengan pelbagai masalah jenayah yang berlaku tidak kira di dalam atau di luar negara. Hal ini sangat membimbangkan kerana golongan ini dianggap sebagai bakal pemimpin masa hadapan. Jika pemimpin negara pada masa hadapan ini rosak, maka rosak binasa jugalah negara yang ditadbirnya. Hal inilah yang semakin mendapat perhatian oleh golongan pemimpin masa kini dan juga masyarakat bagi membentuk dan membimbing mereka kearah pembangunan modal insan yang lebih berketerampilan.

Jika berlaku permasalahan, pasti yang ditunding jarikan oleh pihak yang tak berkepentingan adalah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Keadaan ini berlaku kerana kementerian ini merupakan asas kepada pembentukan modal insan sejak dari sekolah rendah lagi dan seterusnya ke sekolah menengah. Hal ini juga berkaitan dengan guru-guru yang sering kali dipersalahkan atas sebab tidak memberikan tunjuk ajar yang baik dan secukupnya kerana kebanyakan golongan ibu bapa yang berpendapatan agak lumayan ini rata-ratanya melepaskan tanggungjawab mereka sebagai ibu dan bapa pelajar kepada guru-guru di sekolah untuk mendidik mereka menjadi insan yang berguna. Dalam hal ini, ibu bapa perlu sedar akan hal tanggungjawab mereka yang sepatutnya mendidik anak-anak di rumah kerana pendidikan seseorang insan itu adalah bermula dari rumah mereka sendiri.

Tidak kurang juga arus globalisasi yang kian mencabar kini, telah menyebabkan ramai golongan remaja kian terpesong pegangannya. Dengan pelbagai teknologi yang dicipta dengan kecangggihan yang sangat berkualiti, mereka semua terpaksa mengharunginya juga tanpa mereka sendiri sedari. Pada masa kini, mereka boleh menerima dan memberi maklumat tanpa sedikit pun kawalan kerana ledakan teknologi yang semakin ‘membiak’ kini telah membawa mereka kearah dunia di hujung jari. Teknologi yang disediakan ini bukanlah bertujuan untuk keburukan semata-mata, namun ia adalah untuk memudahkan dan melancarkan proses pemberian, penerimaan dan pencarian pelbagai maklumat dengan pantas, menjimatkan masa di samping menjimatkan kos.

Natijahnya di sini, golongan remaja masa kini merupakan acuan kepada pembentukan negarabangsa pada masa hadapan. Pada hakikatnya yang perlu kita sama-sama sedari adalah, golongan ini mempunyai satu semangat yang sangat berbeza dengan golongan-golongan yang lain yang perlu kita gilap dan asah supaya mereka dapat menggunakannya untuk pembangunan insaniah negara pada masan akan datang.

Related Posts with Thumbnails

BICARA UMMAH

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

IKLAN