KASIH DIPAUT


I made this widget at MyFlashFetish.com.

AL-QURAN

AS-SUNNAH

ZIKRULLAH

Zikrullah
PENDIDIK SEPENUH MASA
Guru merupakan satu istilah yang telah diberikan kepada satu golongan manusia pendidik hasil produk yang dikeluarkan sama ada dari institut perguruan mahupun institut pengajian tinggi awam atau swasta. Mereka dikeluarkan bagi menggalas tugas sebagai pendidik generasi baru yang semakin lama semakin bertambah. Oleh itu, tugas sebagai pendidik anak bangsa ini juga semakin lama semakin mencabar kerana sudah lumrah kehidupan manusia, ‘semakin ramai orang, semakin banyaklah ragam’.


guru tak kenal jenuh dalam mendidik anak didiknya...

Pada kaca mata masyarakat kini kebanyakannya, tugas sebagai seorang guru bukanlah sehebat tugas seorang arkitek, doktor, mahupun seorang profesor kerana jumlah gaji yang jauh berbeza. Bagi mereka, tugas guru adalah kerja yang mudah, tidak mengajarpun masih dibayar gaji. Mereka juga rata-ratanya menganggap tugas seorang guru adalah sebagai ‘pendidik sepenuh masa’ kepada generasi baru. Apabila berlaku sesuatu masalah, pasti guru yang akan dipersalahkan. Hal ini terbukti apabila masalah remaja yang timbul di sekolah, serta yang melibatkan pihak sekolah, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja dan sebagainya akan dianggap berpunca daripada guru. Mereka menyalahkan 100% pihak guru kerana tidak menjalankan tugas dengan sempurna dalam mendidik anak-anak generasi baru ini.

Adakah golongan guru ini ‘pendidik sepenuh masa’? Persoalan ini timbul apabila masyarakat terutamanya ibu bapa ‘sibuk’ menunding jari ke arah guru apabila berlakunya masalah remaja. Mereka menuduh golongan guru tidak bertanggungjawab dan tidak pandai mengajar dan mendidik. Mereka juga menyatakan bahawa golongan guru kini langsung tidak berkualiti dan telah menyebabkan pelbagai masalah yang melibatkan remaja yang semakin berleluasa masa kini. Bukan iu sahaja, apabila guru menjatuhkan sebarang hukuman kepada pelajar yang bersalah, pasti ada ibu bapa yang cuba mempertahankan pelajar tersebut sehingga perkara yang sekecil semut dibesar-besarkan dengan aksi saman-menyaman dan naik turun mahkamah. Jika dulu pelajar yang takut hendak ke sekolah kerana guru yang garang, tetapi keadaan ini telah membuatkan golongan guru pula yang menjadi takut untuk ke sekolah kerana muridnya yang sudah pandai berkata see you in court. Adakah semua ini salah si ‘pendidik sepenuh masa’?


guru juga tidak ketinggalan dalam dunia fesyen masa kini...(gambar hiasan)

Perlu diingatkan di sini bahawa tugas seorang guru merupakan tugas yang paling sukar dilaksanakan berbanding tugas seorang profesor, doktor dan arkitek yang kononnya hebat di mata masyarakat kini. Menjadi seorang guru sebenarnya memerlukan tahap mental, fizikal, rohani dan jasmani yang kental dan kuat dalam menempuh ragam manusia yang bergelar pelajar yang kian pelbagai kini. Tugas seorang guru bukanlah hanya sebagai pendidik, malah kebajikan, kesihatan, tahap kecemerlangan pelajar juga kadangkala menjadi tugas guru untuk menanganinya. Hal ini kerana ibu bapa semakin ‘lepas tangan’ dalam menjalankan tanggungjawab mereka yang sebenarnya sebagai pendidik yang pertama kepada anak-anak mereka. Fungsi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga kian hilang matlamatnya dalam membentuk jalinan kerjasama antara guru dengan ibu dan bapa pelajar. Apabila pihak sekolah meminta pendapat atau cadangan dari ibu bapa, mulalah ibu bapa mengambil ‘kesempatan’ dengan meminta itu dan ini. Tetapi yang melaksanakannya tidak lain dan tidak bukan, guru jugalah jawapannya.

Jika dahulu guru dijadikan golongan bermartabat kerana kecerdikan dan keilmuan yang dimiliki oleh mereka, tetapi kini golongan ini semakin dicemuh dan dipandang rendah kerana tidak mempunyai kualiti yang boleh seiring dengan arus globalisasi yang kian mencabar kini. Jika dahulu, guru mendidik
dengan menggunakan rotan, tetapi kini guru mendidik dengan menggunakan ‘belaian manja’ kepada pelajar. Guru semakin lama semakin dicemuh, dihimpit dan diserang dengan pelbagai tohmahan dan ancaman dari pelbagai pihak. Hal ini sebenarnya merupakan salah satu punca kepada penurunan kualiti guru dalam bidang pendidikan.

K
eadaan seperti ini mungkin berlaku daripada sikap individualistik masyarakat yang semakin menebal dan ia semakin sukar ditangani. Sikap kejiranan juga kian
luntur sehinggakan kata-kata pujangga seperti ‘anak aku, anak engkau juga’ telah bertukar menjadi ‘anak aku, anak aku. Anak engkau, anak engkau’. Tidak kurang juga ada dalam kalangan masyarakat yang mengatakan bahawa ‘mati nanti kubur lain-lain’. Sikap seperti ini sebenarnya adalah barah yang perlu dirawat secepat mungkin bagi mengelak daripada berlakunya masalah seperti masalah integriti, penyatuan, kancah politik dan gejala sosial yang kebanyakannya sudah berleluasa kini.


guru ibarat lilin yang sanggup membakar dirinya untu menerangi orang lain

Masyarakat khususnya perlu sedar, bukan golongan guru sahaja yang perlu dipersalahkan atas tugas sebagai pendidik, tetapi sebenarnya seluruh pihak juga perlu bertanggungjawab atas semua permasalahan yang timbul. Mereka semua perlu bersatu dalam mencari mekanisme untuk menyelesaikan masalah tersebut sehinggalah selesai kesemuanya. ‘Pendidik sepenuh masa’ bukanlah didukung oleh golongan guru sahaja, malah sebenarnya didukung oleh semua pihak. Ingatlah wahai semua, ‘sebuah rumah tidak akan dapat berdiri dengan hanya satu tiang yang menyokongnya’.

daripada,

SEUNGGAS
MAHASISWA MASA KINI


Walaupun kita menyedari bahawa golongan mahasiswa merupakan bakal pemimpin negara pada masa hadapan, namun masyarakat kini kebanyakannya mencemuh golongan ini kerana mahasiswa ketika ini dianggap penyebab kepada masalah pengangguran yang kian serius. Hal ini menyebabkan pihak kerajaan mula membuka mata bagi menyelesaikan isu ini kerana isu ini kerap kali dibangkitkan dibarisan pembangkang dan semakin hangat diperkatakan oleh ahli masyarakat. Pengangguran sememangnya diaggap serius kerana ia merupakan punca kepada segala salah laku sosial yang melanda. Sebagai contoh, dengan masalah ekonomi akibat tiada pekerjaan, manusia itu boleh hilang pertimbangan dengan melakukan aktiviti di luar pemikiran norma manusia seperti merompak, meragut, mencuri dan sebagainya. Hal ini dikuatkan lagi dengan penglibatan golongan muda dalam kancah hitam ini.

Jika dahulu masyarakat memandang tinggi kedudukan mahasiswa, tetapi kini sebaliknya pula terjadi. Golongan mahasiswa kini dianggap tidak berkualiti dan langsung tidak mempunyai sebarang kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang yang boleh kita banggakan. Adakah dakwaan ini benar? Sebenarnya, rata-rata mahasiswa kita pada hari ini sangat hebat di atas kertas sahaja. Hakikat sebenarnya tidaklah seindah khabar dari rupa. Sedarlah wahai mahasiswa semua, anda semua kini kian dicemuh secara perlahan-lahan oleh manusia yang tidak mengerti.

Walau bagaimanapun, setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin terdapat kebaikan dan keburukannya. Sebagai seorang mahasiswa yang menjadi jaguh rakyat, kita perlu menerimanya secara positif dan menolak dahulu tanggapan negatif tentang sesuatu yang berlaku. Kita boleh menggunakan tanggapan negatif meraka yang tidak mengerti itu sebagai pemangkin dan bukannya penghalang semangat kita untuk bangkit. Biarlah subur semangat kita untuk bangun kembali. Biarlah mereka sedar akan kepentingan dan kehebatan para mahasiswa yang keluar dari ‘sarang’ universiti.

Kita sebagai mahasiswa bukannya lemah, tetapi hanya memerlukan sokongan. Mahasiswa kini hanya kalah dengan arus globalisasi dunia yang kian bercambah hebat. Dunia kini hanya memerlukan manusia yang betul-betul berkualiti dan langsung tidak berkompromi denga golongan yang ‘kurang’ berkemahiran. Buktinya, kita dapat lihat pada hari ini, manusia yang ketinggalan akan terus tertinggal dan begitulah juga sebaliknya dengan manusia yang terus maju kehadapan tidak akan menoleh kebelakang lagi dalam meniti ranjau kehidupan yang kian mencabar.

Ayuh mahasiswa, jangan hanya mengiyakan perkataan-perkataan yang keluar dari mulut mereka. Kita perlu bangkit semula dari tidur yang panjang . Ingat, janganlah manjakan diri kamu jika kamu mahukan kejayaan di dalam genggaman kamu.

Sekian,

SEUNGGAS

PERSOALAN SATU

BAGAIMANAKAH NEGARA SEKIRANYA SEMUA RAKYATNYA KAYA RAYA?


Persoalan pertama yang saya utarakan ini agak mustahil untuk difikirkan kerana pada masa kini, sukar untuk kita lihat sesebuah negara yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada golongan bangsawan yang kaya raya sehingga kemiskinan terhapus 100%. Namun, ini tidak mustahil berlaku jika semua rakyat dalam sebuah negara itu mempunyai sikap kerjasama dan saling hormat menghormati antara satu sama lain di samping pelaksanaan urusan pentadbiran yang telus, cekap dan amanah.

Secara positif, sekiranya kesemua rakyat sesebuah negara itu kaya raya :

1. Tiada lagilah manusia yang kebuluran. Masing-masing sudah mampu mengisi perut dengan makanan yang lazat dan sihat.

2. Tiada lagilah golongan kapitalisme yang hanya memonopoli sumber hasil titik peluh rakyat.

3. Penggunaan sumber alam sekitar dapat dikurangkan kerana masyarakat tidak lagi bergantung kepada hasil alam sekitar sepenuhnya. Berkemungkinan hasil pendapatan mereka adalah daripada sumber-sumber lain seperti pelancongan, perniagaan, pendidikan dan sebagainya.

4. Mempunyai kerajaan yang adil dan gejala rasuah dapat dikurangkan atau dihapuskan terus.

5. Tiada lagi kemiskinan yang boleh membawa kepada pengurangan gejala jenayah seperti merompak, mencuri, meragut, rasuah, dan sebagainya.

6. Majlis atau sambutan yang diadakan secara besar-besaran dan sangat meriah.

Walau bagaimanapun, secara negatif pula, sekiranya kesemua rakyat sesebuah negara itu kaya raya :

1. Sikap tamak dan individualistik semakin menebal. Hal ini kerana lumrah manusia yang sentiasa ingin memiliki lebih daripada orang lain.

2. Pembaziran berlaku secara drastik. Kebanyakan golongan kaya kini tidak makan terlalu banyak kerana meraka ingin menjaga ‘standard’ orang-orang kaya.

3. Akan melahirkan generasi yang pemalas.

4. Mereka akan melalaikan perintah agama iaitu amar ma’ruf dan nahi munkar.

Kesimpulannya, tidak mustahil sesebuah negara yang mempunyai rakyat yang kaya raya itu akan tercapai. Oleh itu, tidak kira siapa yang memerintah sesebuah negara, asalkan pemerintahannya bercirikan ‘cekap, telus dan amanah’ dan mengambil kira juga pembangunan aspek rohaniah masyarakat, pasti impian tersebut akan menjadi kenyataan.

Related Posts with Thumbnails

BICARA UMMAH

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

IKLAN

  • PEMBUKA BICARA

    ISLAMIC TIME

    PICTURE

    PICTURE
    "ILMU PESAKA ABADI"

    SEARCH

    MUTIARA KATA

    SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAH. MANUSIA PERLU SEDAR, SETIAP YANG BERLAKU ADA RAHSIA DISEBALIKNYA. DAN ALLAH MAHA MENGETAHUI TENTANG APA YANG TERBAIK UNTUK KITA YANG HANYA MEMOHON DAN BERSERAH PADA-NYA. SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN DAN KEREDHAAN DALAM SETIAP LANGKAH YANG KITA BUAT. INSYA-ALLAH, HIDUP KITA AKAN TENANG...

    ABOUT ME

    My photo
    UKM, BANGI, Malaysia
    I MUST BE WHAT I THINK AND I MUST THINK WHAT I MUST BE. I ALSO MUST BE A SUCCESSFUL PERSON AND GET HAPPINESS IN MY LIFE. SO THAT, MY LIFE ARE BECOME INTERESTING WITH COLOURFUL LIFE.

    MAP LOCATION

    KARYA

    NAMAKU

    MOHD NUR SYUFAAT
    MMesra
    OOportunis
    HHarum
    DDinamik
    NNaif
    UUntung
    RRamah
    SSuci
    YYakin
    UUlung
    FFleksibel
    AAmanah
    AAlim
    TTulus
    Apa ada pada nama?

    iklan@SYUFAATISME