KASIH DIPAUT


I made this widget at MyFlashFetish.com.

AL-QURAN

AS-SUNNAH

ZIKRULLAH

Zikrullah
PERSOALAN SATU

BAGAIMANAKAH NEGARA SEKIRANYA SEMUA RAKYATNYA KAYA RAYA?


Persoalan pertama yang saya utarakan ini agak mustahil untuk difikirkan kerana pada masa kini, sukar untuk kita lihat sesebuah negara yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada golongan bangsawan yang kaya raya sehingga kemiskinan terhapus 100%. Namun, ini tidak mustahil berlaku jika semua rakyat dalam sebuah negara itu mempunyai sikap kerjasama dan saling hormat menghormati antara satu sama lain di samping pelaksanaan urusan pentadbiran yang telus, cekap dan amanah.

Secara positif, sekiranya kesemua rakyat sesebuah negara itu kaya raya :

1. Tiada lagilah manusia yang kebuluran. Masing-masing sudah mampu mengisi perut dengan makanan yang lazat dan sihat.

2. Tiada lagilah golongan kapitalisme yang hanya memonopoli sumber hasil titik peluh rakyat.

3. Penggunaan sumber alam sekitar dapat dikurangkan kerana masyarakat tidak lagi bergantung kepada hasil alam sekitar sepenuhnya. Berkemungkinan hasil pendapatan mereka adalah daripada sumber-sumber lain seperti pelancongan, perniagaan, pendidikan dan sebagainya.

4. Mempunyai kerajaan yang adil dan gejala rasuah dapat dikurangkan atau dihapuskan terus.

5. Tiada lagi kemiskinan yang boleh membawa kepada pengurangan gejala jenayah seperti merompak, mencuri, meragut, rasuah, dan sebagainya.

6. Majlis atau sambutan yang diadakan secara besar-besaran dan sangat meriah.

Walau bagaimanapun, secara negatif pula, sekiranya kesemua rakyat sesebuah negara itu kaya raya :

1. Sikap tamak dan individualistik semakin menebal. Hal ini kerana lumrah manusia yang sentiasa ingin memiliki lebih daripada orang lain.

2. Pembaziran berlaku secara drastik. Kebanyakan golongan kaya kini tidak makan terlalu banyak kerana meraka ingin menjaga ‘standard’ orang-orang kaya.

3. Akan melahirkan generasi yang pemalas.

4. Mereka akan melalaikan perintah agama iaitu amar ma’ruf dan nahi munkar.

Kesimpulannya, tidak mustahil sesebuah negara yang mempunyai rakyat yang kaya raya itu akan tercapai. Oleh itu, tidak kira siapa yang memerintah sesebuah negara, asalkan pemerintahannya bercirikan ‘cekap, telus dan amanah’ dan mengambil kira juga pembangunan aspek rohaniah masyarakat, pasti impian tersebut akan menjadi kenyataan.

Labels: | edit post
0 Responses
Related Posts with Thumbnails

BICARA UMMAH

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

IKLAN